Saturday, 29 September 2012

PSMZA


Pengenalan
POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) diasaskan pembinaannya pada tahun 2001 di kaki Bukit Bauk, Dungun Terengganu.Sebelum ini ia dikenali dengan nama Politeknik Dungun atau PDT.Dibina di atas tapak seluas 100 hektar, politeknik ini mampu menampung pelajar sehingga 3,600 orang pada satu masa.Manakala, kediaman siswa (asrama) mampu menampung sejumlah 1200 pelajar pada satu masa.
Sebagai sebuah Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ke-13, PSMZA sedang dalam usaha melangkah ke era baru dengan penuh gemilang dan bersedia memikul tanggungjawab untuk memastikan keunggulannya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan teknikal di Malaysia.
Pada 24 Julai 2006 yang lalu merupakan tarikh bersejarah kepada seluruh warga PSMZA, apabila ia buat pertama kalinya dirasmikan oleh ke Bawah DYMM Sultan Terengganu iaitu Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muhtafi Billah sekaligus menyaksikan perubahan nama Politeknik Dungun kepada Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin bersempena dengan nama Baginda.
Demi menerajui keupayaan sebagai gedung penghasilan lulusan pelbagai bidang kejuruteraan, PSMZA mempunyai tiga jabatan induk iaitu Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.Kekuatan ketiga-tiga jabatan ini dibantu oleh dua jabatan sokongan iaitu Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer.
PSMZA menawarkan sebanyak 9 kursus di peringkat diploma dan 5 kursus di peringkat sijil.Bagi melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta urusan pentadbiran, beberapa unit lain diwujudkan yang mempunyai peranan masing-masing seperti Unit Kaunseling & Kerjaya, Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan, Unit Pentadbiran dan lain-lain lagi.

VISI PSMZA
Penjana modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat bagi memenuhi keperluan tenaga global menjelang 2015.
MISI PSMZA
Menyediakan persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif bagi melahirkan modal insan berkemampuan dalam menjana ekonomi yang dipimpin inovasi.

POLISI KUALITI PSMZA
Membangunkan potensi pelajar PSMZA yang cemerlang dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat melalui penambahbaikan yang menyeluruh, berterusan dan berkesan.

PIAGAM PELANGGAN PSMZA
1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama bagi calon yang mengemukakan Dokumen Pendaftaran yang lengkap.
2. Proses PLSP dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan.
3. Status tindakan terhadap Maklumbalas Pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa 14 hari bekerja selepas maklumbalas diterima.
4. Keputusan Penilaian Akhir Semester akan dikeluarkan pada minggu ketiga selepas tamat Peperiksaan Akhir Semester berkenaan.
5. Melaksanakan 100% penyeliaan ke atas semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri pada setiap semester.


Pengertian Logo

LogoPSMZAcun
PSMZA 
Singkatan Huruf untuk Politeknik Sultan Mizan Zainal  Abidin
SEGITIGA
Kekuatan, Keseimbangan, Kemajuan, Halatuju & Fokus
ANAK BULAN & BINTANG
Simbol Agama Islam Sebagai Agama Rasmi Negara
HITAM & PUTIH
Warna Dari Bendera Negeri Terengganu Darul Iman
5 GARISAN / ANAK TANGGA
Melambangkan Usaha & Arah Menuju Kejayaan , juga Sebagai Simbol Ikatan & Masa Depan Yang Terjamin
KUNING
Melambangkan Kesultanan
MERAH
Melambangkan Keyakinan & Keazaman
BIRU
Melambangkan Keharmonian & Ketatasusilaan

Monday, 24 September 2012