Pengenalan
POLITEKNIK SULTAN MIZAN
ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
Politeknik Sultan Mizan Zainal
Abidin (PSMZA) diasaskan pembinaannya pada tahun 2001 di kaki Bukit Bauk,
Dungun Terengganu.Sebelum ini ia dikenali dengan nama Politeknik Dungun atau
PDT.Dibina di atas tapak seluas 100 hektar, politeknik ini mampu menampung pelajar
sehingga 3,600 orang pada satu masa.Manakala, kediaman siswa (asrama) mampu
menampung sejumlah 1200 pelajar pada satu masa.
Sebagai sebuah Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ke-13, PSMZA sedang dalam usaha
melangkah ke era baru dengan penuh gemilang dan bersedia memikul tanggungjawab
untuk memastikan keunggulannya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan teknikal
di Malaysia.
Pada 24 Julai 2006 yang lalu
merupakan tarikh bersejarah kepada seluruh warga PSMZA, apabila ia buat pertama
kalinya dirasmikan oleh ke Bawah DYMM Sultan Terengganu iaitu Al Wathiqu Billah
Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muhtafi Billah
sekaligus menyaksikan perubahan nama Politeknik Dungun kepada Politeknik Sultan
Mizan Zainal Abidin bersempena dengan nama Baginda.
Demi menerajui keupayaan sebagai
gedung penghasilan lulusan pelbagai bidang kejuruteraan, PSMZA mempunyai tiga
jabatan induk iaitu Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal.Kekuatan ketiga-tiga jabatan ini dibantu oleh dua jabatan sokongan
iaitu Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer.
PSMZA menawarkan sebanyak 9
kursus di peringkat diploma dan 5 kursus di peringkat sijil.Bagi melicinkan
lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta urusan pentadbiran, beberapa unit
lain diwujudkan yang mempunyai peranan masing-masing seperti Unit Kaunseling
& Kerjaya, Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan, Unit Pentadbiran dan
lain-lain lagi.
VISI PSMZA
Penjana modal insan inovatif melalui
pendidikan dan latihan transformasional dalam bidang kejuruteraan dan teknologi
maklumat bagi memenuhi keperluan tenaga global menjelang 2015.
MISI PSMZA
Menyediakan persekitaran pembelajaran
transformatif dan kreatif bagi melahirkan modal insan berkemampuan dalam
menjana ekonomi yang dipimpin inovasi.
POLISI KUALITI PSMZA
Membangunkan potensi
pelajar PSMZA yang cemerlang dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat
melalui penambahbaikan yang menyeluruh, berterusan dan berkesan.
PIAGAM PELANGGAN PSMZA
1. Proses pendaftaran pelajar
diselesaikan pada hari yang sama bagi calon yang mengemukakan Dokumen
Pendaftaran yang lengkap.
2. Proses PLSP dilaksanakan secara
sistematik, terancang dan berkesan.
3. Status tindakan terhadap Maklumbalas
Pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa 14 hari bekerja selepas
maklumbalas diterima.
4. Keputusan Penilaian Akhir Semester
akan dikeluarkan pada minggu ketiga selepas tamat Peperiksaan Akhir Semester
berkenaan.
5. Melaksanakan 100%
penyeliaan ke atas semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri pada
setiap semester.
Pengertian Logo
![]() | |
PSMZA | Singkatan Huruf untuk Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin |
SEGITIGA | Kekuatan, Keseimbangan, Kemajuan, Halatuju & Fokus |
ANAK BULAN & BINTANG | Simbol Agama Islam Sebagai Agama Rasmi Negara |
HITAM & PUTIH | Warna Dari Bendera Negeri Terengganu Darul Iman |
5 GARISAN / ANAK TANGGA | Melambangkan Usaha & Arah Menuju Kejayaan , juga Sebagai Simbol Ikatan & Masa Depan Yang Terjamin |
KUNING | Melambangkan Kesultanan |
MERAH | Melambangkan Keyakinan & Keazaman |
BIRU | Melambangkan Keharmonian & Ketatasusilaan |
No comments:
Post a Comment